Thursday, November 20, 2014

FIRST INTERVIEW !!!!!

Assalamualaikum..

FIRST INTERVIEW !!!! haha berdebar woiiiii..

Tapi Alhamdulillah, berkat doa Ibu Bapa dan semua orang, dapat ku tempuhi dengan tenang malah yakin. syukur Alhamdulillah jika melihat daripada feedback diberi umpama ada peluang, tapi macam mana pun sekarang ni berdoa kepada Allah.

masih berdebar ni, walau kelaparan.


Sekian.

Tuesday, November 18, 2014

Interview

Assalamualaikum.

Interview atau Bahasa Melayu nye Temuduga.

khamis ni ada panggilan untuk di temuduga, Ya Allah bergocak hati ni, maklum lah ni temuduga yang pertama untuk pekerjaan. sebelum ni melalui telefon jer, lebih kepada sembang sembang masa praktikal dulu.

adoiyai, seram sejuk ni, dah lah musim hujan, sejuk tu bertambah-tambah lak. hehe.

macam mana ya? bukan tak pernah tengok orang interview, tapi kali ni rasa lain macam jer, kenapa rasa bergoncang sangat ni? mana keyakinan diri ni?

Ya Allah, bantulah hamba Mu ini.

Sekian
Tangan gigil-gigil.


Wednesday, November 12, 2014

12/11

Assalamualaikum

12/11/2014

hari ini, hari lahir abang sulung saya. nak wish la sikit kat sini walau dia takkan pernah baca sini, hehe.

happy birthday abangku, semoga kamu dan keluarga sentiasa mendapat keberkatan Allah, semoga kamu menjadi anak yang soleh, dan suami yang mithali.

okay dah wish, sekarang nak lari topik sikit. hehe.
macam ni la kerja di zaman sekarang, sanggup buat apa saja untuk mendapat yang terbaik,
janganlah kita tergolong dalam golongan tersebut, sememangnya kita nak berjaya, tapi jangan pilih jalan mudah sampai Dimurkai Allah.

jika berlaku sesuatu situasi, lihatlah secara menyeluruh, jangan berpihak kepada satu sahaja, dan adil lah dalam mangadili sesuatu situasi, kerana kejujuran itu akan ditanya Allah di kemudian hari nanti.

nota untuk diri sendiri dan semua rakan-rakan.

Sekian.

Monday, November 10, 2014

Dugaan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Dugaan? satu word yang amat tidak senang untuk manusia. yela kalau dari sudut sempit dugaan ni amat menyusahkan. tapi daripada sudut besar dan lebar, dugaan ni menunjukkan Allah sayang setiap hamba NYA.

di sebalik itu, saya kena mempertingkatkan diri dalam menghadapi dugaan, kerana jauh dari sudut mana pun, saya masih lemah. minta maaf dalam masa dugaan orang sekeliling banyak terasa dan makan hati, ampunkan kelemahan saya dalam memperbaiki diri.

Sekian


#tengahbengangDIGIoverchargebilltigabulanstraight