Friday, June 8, 2012

video

Assalamualaikum Cinta
Maaf kerana sudah sekian lama Rindu tidak menceritakan atau mengepost apa apa berkaitan kita didalam blog ini. kesibukan memisahkan kita, jauhnya jarak mencemburui kita saban hari.
dugaan sekarang kita harungi, walau beberapa kali kita rebah, tetapi atas sayangnya cinta kita ini, kita bangkit semula perbetulkan diri yang khilaf ini, kerana kita percaya satu hari nanti, kebahagiaan pasti menanti di hadapan jalan berliku kita ini.
Maafkan andai diri ini asyik penuh dengan kesilapan, tetapi cinta ku terhadap mu sebagai isteri ku, tidak pernah hilang, walau ku kalah ditangan amarah dan membiarkan ia menguasai diri ini, di setiap salah dan silap kita, tetapi atas lembutnya sifat kewanitaan dan keibuan mu wahai Sayang, ku akhirnya tunduk dan memohon kemaafan diatas kesalahan dan kesilapan ku wahai Isteriku.
video diatas ku berkongsi, kerana ku telah menemui insan yang ku benar benar ku cintai, dan ku sedar, si dia sebelum ini bukanlah gadis yang dicipta untuk ku, tetapi kamu adalah wahai isteri ku dan aku adalah tulang rusuk kiri mu wahai isteri ku ( insyaAllah ).
Ku sedar walau berapa kali ku mengingati si dia, kenangan tinggal kenangan, apa yang ada, ku belajar dari pengalaman, agar ku tidak mengulangi salah dan silap yang sama, kerana ku tidak mahu melukakan hati kamu sayang, walau sekali, tapi itu mustahil, kerana ku juga manusia biasa, sama seperti kamu, jadi kita berusaha mengelak daripada melakukan walau usaha yang diambil amat berat, tapi itu adalah kesanggupan kita dan lebih berat kepada ku, kerana tugas ini menjadi lebih berat setelah ku menikahi kamu sayang. ( InsyaAllah )
Diakhir coretan ini, maafkan daku sayang atas kesilapan ku walau sekecil zarah, dari awal sampai akhirnya.
maafkan juga kekurangan berkongsi kisah kita di laman ini, kerana ku bukanlah penulis yang hebat atau penulis yang dapat menarik minat pembaca lain, tapi hanya satu, tulisanku ini, hanya untuk isteriku mengerti lagi mengetahui, yang perasaan ini, tidak pernah mahu kehilangan kamu, malah di setiap marah berlaku, ku mahu menjadi insan yang selamanya membimbing dan perbetulkan salah dan silap kamu, kerana itu adalah tugas ku sebagai Suami mu.
Begitu juga kamu wahai Isteri ku, selamanya di samping ku, hingga ke Jannah.

Sekian Tulisan Ku Malam Ini.
si suami yang amat mencintai si isteri.

3 comments:

  1. sesungguhnya , aku perlu bersyukur kerana kehadiaran mu melengkapkan diriku yang serba kekurangan . aku juga bersyukur kepada Allah kerana telah mengirimkan dirimu untuk biarkan diriku terus belajar dari kesilapan dan kekhilafan diri ini . InsyaAllah kasih antara kita akan terus hingga ke Syurga . ameen ~
    Thankyou for the sweet video :)
    ILOVEYOU !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most Precious Welcome My Dear Wife :)
      I Love You Too <3
      Ameen ~
      InsyaAllah.

      Delete
    2. Most Precious Welcome My Dear Wife <3
      I LOVE YOU TOO !
      InsyaAllah <3
      Ameen ~
      Papa Cinta Bby :)

      Delete