Tuesday, October 29, 2013

Tiada Nikmat Yang Mampu Dibandingi Dengan Nikmat Yang Dikurniakan Oleh Allah

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
 
genapnya 3 tahun kami bersama, susah senang, suka duka, pahit manis kami lalui. turun naik situasi, walau jarak memisahkan kita, syukur kepada Allah, kita masih lagi bersama sayang.
 
 
TERIMA KASIH CINTA
 
AMIN ~
 
 
 
 
sekarang kita sama-sama sudah sambung belajar ke peringkat Degree, insyaAllah saya akan tamatkan pengajian saya lebih awal daripada kamu, dan jika dikurniakan peluang, saya akan sambung ke peringkat Master pula, sama seperti kamu juga kan sayang?
 
SELAMAT MENGEJAR CITA-CITA SAYANG
 
 
sebelum meneruskan cerita, saya nak ucapkan jutaan tahniah kepada kamu sayang untuk konvokesyen kamu yang berlangsung 21/10/2010. maaf kerana saya tak dapat menghadirkan diri ke majlis kamu seperti yang saya janji kan :(       *ada test and quiz.
 




TAHNIAH UNTUK DIPLOMA KAMU SAYANG
 
 
ok ingin saya menyambung balik kepada topic utama, 3 tahun kami bersama, tak payah cakap la, tipu la kami xpernah bergaduh? "sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula manusia biasa " melainkan dia takde lidah, hehe. tak la, bergaduh ni kadang-kadang baik, sebab kita lebih memahami pasangan kita,dari situ kita kena terima baik buruk pasangan kita seperti mana pasangan kita terima baik buruk kita. insyaAllah lebih bahagia daripada kita asyik mencari kesempurnaan dalam pasangan kita.
 
 
MACAM NI LA KAMI KALAU BERGADUH. HEHE
 
 
dah gaduh mestila berbaik semula kan? hehe, takde la, dalam newspaper pun pernah baca, pasangan digalakkan beraduh sekali seminggu, untuk mengeratkan hubungan ( jgn la gaduh hari-hari, tu gila ! hehe)

 
 
 
 
NI BUKAN KAMI BILA BERBAIK TAW, BIARLAH RAHSIA, :)

 
sudah puas study dan mengejar cita-cita kita, InsyaAllah tiba masa saya akan menjadikan awak kepunyaan saya yang SAH. insyaAllah saya akan menikahi awak dan awak akan menjadi makmum saya dan saya akan menjadi imam kamu sayang.
 
 
cara islam bukan kerana kedekut, tapi saya mahu memiliki kamu kerana ALLAH.
 
pinjam gmbar ye ustaz Don :)

InsyaAllah begini juga kita nanti.


akhir kata,

Syukur Alhamdulillah, Syukur Kepada Allah untuk segala nikmat ini.

terima kasih kepda segala gambar yang dibekalkan oleh semua pihak, minta maaf pinjam gambar dari mana-mana pihak tertentu.

No comments:

Post a Comment