Wednesday, October 1, 2014

Bulan October?

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk melayari kehidupan-kehidupan yang mendatang.
mengambil kesempatan disini untuk sedikit mencoret apa yang ada walau coretan tidak pernah dibaca oleh dia, tidak mengapa kerana apa yang dicoret bukanlah wajib untuk dibaca oleh si dia.

okay masuk dengan tajuk, Bulan October? yes itu adalah bulan 10, dimana masuk lah bulan ke 4 tahun kami bersama. Syukur Alhamdulillah, walau di uji semalam dengan kepala angin dua-dua pihak, tapi kami masih menghargai satu sama lain. beginilah kami, just untuk yang berasa diri mereka sempurna sangat, ingatlah tiada manusia yang tidak di uji. cuma cara kita hadapi jer berbeza. bersyukurlah jika diuji, kerana Allah menyayangi kita.

okay-okay bertukar saja daripada topik asal, hehe. wahai awak yang jauh di mata jauh juga dihati (siapa cakap dekat dihati tipu sangat hehe)
saya sedar saya insan yang banyak menyakiti awak dan banyak melukakan perasaan kamu, saya berdoa agar saya adalah yang terbaik untuk kamu dan sentiasa berdoa agar kamu adalah jodoh ku wahai sayang.

ini doaku pada Bulan ini, ialah, iaitu 2 tahun lagi tu tarikh saya harap kamu mampu menerima ku sayang, sebagai suami mu yang sah. InsyaAllah saat tu telah ku persiapkan diri ini untuk menjadi yang halal untuk mu dan menjadikan kamu yang halal untuk ku.

Bulan october juga bulan mula-mula kamu menerima ku dalam hidup mu wahai sayang, terkejut juga dengan jawapan diterima, memang berdebar saya menunggu kamu di hadapan Lift, dengan jawapan yang dibawa, dan syukur Alhamdulillah sayang, kamu tidak menghampakan daku. InsyaAllah peluang diberi ini akan ku hargai sehingga akhir hayat kita.

sabar ya sayang, hujung bulan ni kita jumpa, lama sangat kita tak jumpa, jarak memisahkan jasad kita sahaja, tapi kita masih utuh bersama walau berjauhan sayang.
saya mempercayai kamu dan jagalah diri kamu disana.

Mohd Azlan Shah Bin Mohd Shah Budin Cinta Ayniz Izzaty Binti Ayub. Terima Kasih Allah.

No comments:

Post a Comment