Wednesday, October 15, 2014

Hidup Menyenangkan Orang

Assalamualaikum.

ini kata-kata saya dengar daripada CEO TM, Tan Sri Zam. sangat mendalam kata-kata ini bagi saya.

yela, bermula daripada kita buka mata dan dihidupkan kembali setelah mati sementara setiap malam, first kita ucapkanlah Alhamdulillah, masih diberi rezeki untuk menikmati segala kurniaan dan rahmat di dunia ini.

tapi apa pun masih ada manusia yang tak sedar diri, dan tidak peka dengan sensitiviti seseorang, dimana setiap orang ada satu part yang memang akan cepat marah jika kita sentuh.

contoh situasi aku sendiri, apa perasaan korang seawal pagi nak pergi "Tumbuk Kad" / punch card, de orang tuduh ko menipu waktu masuk kerja? kerana dua hari itu mesin itu tidak berfungsi dan semua staff kena tulis tangan waktu kehadiran, de hamba Allah ni tuduh aku menipu?

sedangkan aku tulis di kalangan pekerja-pekerja lain, dan aku juga menolong pekerja lain tulis waktu masuk kerja, jadinya aku menipu untuk semua orang macam tu la?

sedangkan hamba Allah tu baru jer SL1M atau bahasa kesat nye, orang abes belajar yang menganggur tapi diberi peluang tak reti manfaatkan dan bersyukur.

kenapa aku cakap macam tu? yela ko dah diberi peluang sebelum ini kat melaka tapi kenapa ko ditukar ke kuantan pula? dah diberi lagi peluang di kuantan, ko tak habis-habis banding cara kerja ko dengan kat melaka. tolong la weh ! dah tua sedar la diri, peluang tak selalu ada, aku simpati dengan ko, aku cuba tolong ko, tapi ko sendiri yang tidak membantu diri sendiri.

dah dibayar RM1000 sebulan untuk kerja yang bagi aku lebih daripada berbaloi, itu pun kau boleh tuduh aku menipu waktu ker di khalayak ramai? apabila ditanya orang lebih tua kenapa ko cakap macam tu, ko boleh jawab memang itu cara kau bercakap. apa punya biadap ko dengan orang tua, dengan aku takpe lagi, tapi dengan orang tua ko tak reti nak keluarkan perkataan "minta maaf" sorry aku tidak akan pernah hormat ko lagi, terutama orang ko buat tu, adalah Mak aku. sorry dude, you more worst than benda haram.

nak kata aku menipu waktu bekerja? sedangkan kau keluar makan hampir setiap hari pukul 9pagi-10pagi? sejam? sedangkan kedai hanya di belakang bangunan pejabat setinggi 3 tingkat ini, jikalau di hadapan pejabat hanya perlu melintas jalan yang kebesaran 3 laluan kenderaan sahaja. adakah itu memerlukan masa satu jam?

kalau keluar makan tengah hari pula takyah cakap la, diberi masa 1 jam 15minit termasuk waktu solat, tapi ko mesti akan melebihi masa itu, pernah beberapa kali aku melihat, pada hari jumaat staff lelaki akan diberi keluar pada pukul 12:30 - 2:15 untuk solat dan makan.. tapi ko leh masuk office dengan slumber badak pukul 2:45.. office ni bapak ko punya ke? tolong la, baru On Job Training jer pon, dalam Program SL1M, budak siswazah menganggur, tolong la manfaatkan peluang, banyak lagi orang lain memerlukan ruang dan tempat ko tu.. sedarlah diri, berubahlah untuk Senangkan Orang lain, bukan kau baru masuk dua bulan boleh menuduh orang menipu waktu kerja di khalayak ramai.

aku memang pantang orang menuduh aku menipu waktu kerja, aku bersabar dengan ko selama ni, tapi last sekali ko buat aku macam ni, sorry i dont need a friend like you useless person.

dengar la kata-kata CEO TM tu, hidup ini untuk menyenangkan orang lain. kalau tak mampu jangan kita menambah keburukan lagi.

last, berubahlah jika benar kau memerlukan kerja daripada menghabis duit semua pihak. kesianlah mak bapak kau kerana membesarkan ko, takyah pikir banyak untuk orang, first sekali fikir untuk senangkan kedua ibu bapa.


sekian, nukilan sakit hati.


No comments:

Post a Comment