Friday, October 17, 2014

berputar balik

assalammualaikum.

salam jumaat semua orang ^^

tajuk berputar balik? kalau yang baik kita mengharapkan ianya berlaku kembali kan? tapi kalau yang buruk sebaliknya pula.

begitulah kehidupan seharian kita, kita mengharap segala kebaikan untuk kita, dimana setiap doa kita hari ini lebih baik daripada semalam, tapi perangai dan kelakuan kita sama atau tidak kearah doa kita?

andai arahan senang kita tidak mampu menerima atau arahan sesiapa kita tidak mampu dibawa bersama.

macam mana kita nak harap hari ini lebih baik daripada semalam? ianya akan menjadi beban seharian sahaja, kerana kita tak mampu hadapi.

ya umur memang ada yang lebih tua daripada kita, tapi sedarkah, umur bukanlah tiket untuk kamu boleh menentukan apa sahaja. kadang kala kita kena sedar apakah pangkat kita untuk melawan arahan orang atasan kita. jika tidak suka fikirlah sesuatu kebaikan dia pernah lakukan jangan biar benci itu menutup segala kebaikan beliau.

contoh paling senang, kita tidak mahu anak kita melawan kita suatu hari nanti, tapi sedarkah kita yang sekarang ini melawan bos di tempat kerja kita itu bagaimana pula?

kalau orang tu takde anak, mandul or whatever, ambil contoh orang tersayang mereka, pasti dia pun tak nak orang tersayang mereka melawan cakap dia. so fikirkanlah berlakunya di masa hadapan, bukan sekarang. manusia ada hari dan perasaan, malah ada had kesabaran, tapi sedarkah akal fikiran diberi bukan dengan sengaja, tapi untuk menjaga.

sekian coretan di hari jumaat ini. jaga lah hubungan sesama manusia, dan pilih lah kawan yang membawa ke syurga bukan nya neraka. kita tahu seseorang itu baik atau tidak dari segi kehidupan seharian dia.

salam jumaat :)

No comments:

Post a Comment