Tuesday, October 28, 2014

First Thing I Can Say

Assalamualaikum dan Alhamdulillah

tamat sudah tempoh panjang dalam mendapatkan Degree atau bahasa melayu nya Ijazah.

syukur ku panjatkan kepada Allah, kerana memberikan kudrat untuk ku mengharungi suka dan duka dalam menuntut ilmu.

macam tidak percaya  dah habis Ijazah, dulu masa sekolah asyik pikir nak main jer, hehe.

benar orang kata, bila meningkat usia, makin matang kita memikirkan kehidupan, sampai bila kita nak bergantung hidup duit ibu dan bapa? kenapa tidak sampai masa untuk mereka yang bergantung hidup kepada zuriat mereka?

insyaAllah jika diberi kesempatan dan rezeki sudah sampai masa kami sebagai anak-anak kedua ibu bapa kami, untuk menunaikan kewajipan pula.

orang bertanya kepada ku, nak kerja dah ke? tak nak sambung Master? sememangnya mahu, insyaAllah jika diberi peluang untuk kerja sambil belajar, pasti akan ku genggam seeratnya, agar peluang itu tidak terlepas.

Masih Muda, baru 24tahun, kahwin dulu masa kanak-kanak yela kelakar asyik pikir nak kahwin jer, bila dah besar ni, baru sedar betapa besar tanggungjawab untuk menjadi seorang suami.

Ya Allah permudahkanlah hubungan Saya dan Dia, agar kami dijodohkan menjadi yang Halal. Ameen ~

apa pun merasa gembira sangat atas apa yang diusahakan akhirnya mampu untuk ku akhirinya sehingga merasakan betapa sayangnya untuk meninggalkan zaman sebagai Pelajar/Mahasiswa.

sampai sini saja untuk kali ini, masuk kerja dulu. syukur diberi peluang untuk mencari pengalaman bekerja.

No comments:

Post a Comment