Tuesday, October 28, 2014

makin hampir

Assalamualaikum.

pejam celik pejam celik, dah hampir 4 tahun perhubungan saya dan dia terjalin. Alhamdulillah walau banyak rintangan dilalui, percaya disetiap yang berlaku ada hikmah.

untuk si dia,syukur Alhamdulillah dikurniakan kamu dalam hidupku, sejujurnya kamu pasti banyak terluka dengan sikap saya, maafkan daku wahai cinta hatiku sayang.

banyak untuk kita lalui, banyak kesabaran perlu kita mengisi dalam diri. sesungguhnya kamu banyak menegur saya, orang pernah cakap, jika pasangan kamu itu selalu menegur untuk kebaikan, jangan pernah tinggalkan dia atau pergi daripadanya.

ya sayang, kamu pasangan saya yang selalu menegur saya untuk berubah kearah kebaikan, bukan untuk kamu sahaja, malah untuk diri saya, keluarga dan paling penting AGAMA. saya menghargai kamu dalam hidup saya sayang. andai kamu membaca coretan bosan ini, saya mahu kamu tahu, andai dikurniakan umur panjang, dan jodoh berkekalan, saya mahu kamu menjadi isteri saya, yang sah, ibu kepada anak2 sayang, dan menantu yang disayangi kedua ibu bapa saya.


sayang sempena hampir 4 tahun ini, saya mendoakan yang sama disetiap tahun agar jodoh kita disatukan dan saya mahu jadi yang terbaik untuk kamu wahai bakal Makmum(Isteri) ku.

No comments:

Post a Comment